Free Website Hosting

Tuesday, June 23, 2009

Ada lagi ke ustaz duit???
by KetamBatu
Teguran
Oleh: somebody

"Assalamualaikum warahmatullah. Satu pertanyaan yang tiba-tiba menyerang kotak fikiran aku, "Ada lagi ka ustaz duit???". Dalam keadaan jemaah kita yang sudah kukuh dan mendapat dokongan rakyat segenap pelusuk negara dan berjaya mentadbir beberapa buah negeri sepatutnya persoalan ini tak timbul lagi.

Sepatutnya ustaz-ustaz kita mengambil peluang ini untuk kembangkan usaha dakwah demi memastikan Islam tertegak dibumi Malaysia. Aku bukan apa, cuma sedikit rasa kecewa bila medan untuk penyebaran ilmu dijadikan sebagai punca rezeki.

Bukankah Allah telah janjikan kepada pembela-pembela agamanya rezeki yang cukup? Aku sekadar memanjangkan kekecewaan penduduk sebuah kampung diutara tanah air yang begitu dahagakan ilmu. Rata-rata penduduk di daerah tersebut adalah pesawah dan kerja kampung.

Surau ditempat mereka mula aktif dengan kuliah dan dapat menarik ramai anak qaryah. Disaat mereka begitu berminat mendalami ilmu agama, ada pula ustaz yang mengambil kesempatan. Kalau biasanya setiap kali kuliah bulanan ustaz tersebut dihadiahkan RM150 (berserta hidangan makan malam selepas kuliah), berpatutan dengan jarak/belanja perjalanan beliau.

Tetapi tiba-tiba beliau minta untuk berhentikan kuliah tersebut dengan serta merta kerana dikatakan ada tawaran dari masjid berhampiran dengan bayaran RM250. Yang sedihnya beliau bukanlah sembarangan ustaz, tetapi lulusan Al-Azhar dan merupakan orang lama dalam jemaah, malah adik beliau merupakan orang berjawatan tinggi dalam jamaah, dan abang beliau adalah seorang mufti.

Diharapkan agar sikap seumpama ini dapat dikikis daripada pendakwah-pendakwah kita supaya Islam dapat disebarkan. Ingatlah ganjaran dari Allah itu adalah lebih berharga dari wang ringgit."

http://tranungkite.net

No comments:

Post a Comment